PERTANDINGAN HADRAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, PIALA CANSELOR 2024/2025
Khamis, 30hb Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) meneruskan pertandingan Piala Canselor
Khamis, 30hb Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) meneruskan pertandingan Piala Canselor
Ahad, 25 Januari 2025- Pertandingan Chancellor’s Trophy bagi tahun 2024/2025 anjuran bersama Universiti Islam Sultan
Selasa, 21 Januari 2025 – Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor
Bandar Seri Begawan- 27 Rabiulakhir 1445H bersamaan dengan 11 November 2023M, hari Sabtu, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan ‘Pertandingan Debat Bahasa Arab’. Empat pasukan dari pelbagai fakulti aliran Arab di UNISSA bersaing dalam pertandingan debat separuh akhir, dan dua pasukan telah melayakkan diri untuk mara ke peringkat akhir iaitu dari Fakulti Bahasa Arab dan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam.
Pasukan Fakulti Bahasa Arab, yang dikenali sebagai Pasukan Ali bin Abi Talib muncul sebagai johan pertandingan tersebut. Naib Johan disandang oleh Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Pasukan Umar bin Al-Khattab. Manakala tempat ketiga diraih oleh Pasukan Uthman bin Affan dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Dyg Nur Nawwarah Binti Ewardy Irwan dari Pasukan Ali Bin Abi Talib telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik.
Hadiah disampaikan oleh YM Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA, juga sebagai tetamu kehormat. Turut hadir dalam acara ini adalah YM Ustaz Muhammed Sahrin bin Haji Masri, Pemangku Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, bersama-sama dengan para pensyarah dan mahasiswa-mahasiswi UNISSA.
Pertandingan ini membuktikan komitmen UNISSA dalam memajukan kemahiran berbahasa Arab dan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran berdebat.
Johan Pertandingan Debat, Pasukan Ali bin Abi Talib, Fakulti Bahasa Arab, UNISSA
Naib Johan Pertandingan Debat di dalam Bahasa Arab, Pasukan Umar bin Al-Khattab, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Islam, UNISSA.
Tempat ketiga, Pasukan Uthman bin Affan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA
Saguhati, Pasukan Abu Bakar Al-Siddiq, Fakulti Bahasa Arab, UNISSA
Pendebat Terbaik, Nur Nawwarah Binti Ewardy Irwan, pasukan Ali bin Abi Talib, Fakulti Bahasa Arab, UNISSA