PERTANDINGAN HADRAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, PIALA CANSELOR 2024/2025
Khamis, 30hb Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) meneruskan pertandingan Piala Canselor
Khamis, 30hb Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) meneruskan pertandingan Piala Canselor
Selasa, 21 Januari 2025 – Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor
Sabtu, 18 Januari 2025 bersamaan 18 Rejab 1446H – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Ahad, 25 Januari 2025- Pertandingan Chancellor’s Trophy bagi tahun 2024/2025 anjuran bersama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) telah dilancarkan oleh Setiausaha Tetap Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan pada 9 November 2024.
Piala Canselor merupakan sebuah kejohanan pelbagai sukan atau pertandingan antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) Brunei Darussalam yang diadakan setiap dua tahun. Perlawanan ini ditubuhkan pada tahun 2021 dan setiap jenis sukan atau pertandingan akan dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar daripada empat buah institut pengajian tinggi iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang juga merupakan institut yang mengetuai Chancellor’s Trophy 2024/2025, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dengan sokongan penuh daripada pihak universiti masing-masing.
Membuka tirai Canselor Trophy pada Ahad lepas ialah pertandingan Bola Jaring yang dikendalikan oleh UNISSA dengan menyaksikan enam buah institusi bertanding iaitu UBD, UNISSA, UTB, KUPUSB, Politeknik Brunei dan Institute of Brunei Technical Education (IBTE). Pertandingan dimenangi oleh pasukan bola jaring daripada UBD diikuti oleh Politeknik Brunei di tempat kedua dan UNISSA di tempat ketiga.
Berlangsung di Dewan Serbaguna, Penjara Maraburong, Daerah Tutong, pertandingan turut dihadiri oleh YM Dayang Nurathirah Sallihah binti Haji Md Salleh, Timbalan Pendaftar (Akademik) UNISSA selaku wakil Pendaftar sebagai Tetamu Kehormat yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Juga hadir pada majlis tersebut ialah YM Dayang Nurhafizatulhikmah binti Haji Seribini, Dekan Pelajar UNISSA.
Pasukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengekalkan rekod tanpa kalah dan berjaya mengumpul mata maksimum, sekaligus dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan ini. Pasukan Politeknik Brunei menduduki tempat kedua, manakala pasukan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berjaya memperoleh tempat ketiga selepas menewaskan Pasukan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).