
EIDCLEANUP DONATIOAN ANJURAN BERSAMA UNIT PERKHIDMATAN KAUNSELING, PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR DAN RAKAN U.M.A.T UNISSA
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T
Sabtu, 22 Mac 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Sambutan Nuzul al-Qur’an Peringkat Negara
Selasa, 27 Ogos 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Kolej International Graduate Studies Sdn Bhd (KIGS) bagi kerjasama dan kolaborasi ke arah memperluaskan lagi program akademik UNISSA.
Majlis penandatangan MoA berkenaan berlangsung di Kampus Gadong, UNISSA di mana menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dan bagi pihak KIGS ditandatangani oleh Yang Mulia Haji Mahrub bin Awang Haji Murni, Ketua Pegawai Eksekutif (Interim), KIGS.
Turut hadir pada majlis penandatangan tersebut ialah Pegawai-Pegawai Utama UNISSA dan ahli-ahli Lembaga Pengarah KIGS.
Antara perbincangan yang diadakan adalah mengenai penawaran program Tamhidi UNISSA-KIGS yang merangkumi perkongsian strategik antara UNISSA dan KIGS yang bertujuan untuk memperluaskan lagi akses kepada pendidikan pengajian tinggi yang berkualiti disamping mengekalkan nilai-nilai Melayu Islam Beraja.
Seterusnya, dengan memanfaatkan kelebihan dan kepakaran kedua-dua institusi, UNISSA dan KIGS yakin bahawa program ini akan memberikan asas yang kukuh bagi pelajar, dan seterusnya mempersiapkan pelajar tersebut untuk kejayaan akademik dan profesional di masa depan.