
EIDCLEANUP DONATIOAN ANJURAN BERSAMA UNIT PERKHIDMATAN KAUNSELING, PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR DAN RAKAN U.M.A.T UNISSA
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T
Sabtu, 22 Mac 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Sambutan Nuzul al-Qur’an Peringkat Negara
Forum Antarabangsa Manuskrip Islam Siri 1 anjuran Pusat Kajian Manuskrip Islam dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat UNISSA telah dirasmikan pada hari Khamis, 23 Januari 2025, bersamaan dengan 23 Rejab 1446H di Bilik Mesyuarat Pentadbiran, UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan forum, Yang Mulia Profesor Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad, Penolong Rektor Hal Ehwal Akademik UNISSA. Forum ini dikendalikan oleh seorang fasilitator dari Fakulti Arkeologi, Universiti Faiyum, Mesir, iaitu Yang Mulia Profesor Dr. Madian Hamed Abdel-Hadi, yang membentangkan tajuk ‘Forgery of Documents and Manuscripts is Distortion and Partial Counterfeiting – Monitoring Experiments’.
Seorang moderator Yang Mulia Dr. Ahamad Faosiy Ogunbado, Penolong Profesor Kanan dan Ketua Program Lepas Ijazah, Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, turut terlibat. Kira-kira 68 orang peserta hadir dari dalam dan luar negara mengikuti forum ini secara fizikal dan dalam talian.