
PAMERAN DAN JUALAN BUKU SEMPENA MAJLIS MUSABAQAH AL-QURÁN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1446 HIJRAH / 2025 MASIHI
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Bandar Seri Begawan, Isnin, 21 April 2025 – Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Pusat
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab (FBA) telah menghantar salah seorang tenaga akademik tempatan iaitu Dr Zulamali @ Abdul Aziz bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Matassan bagi mengikuti Program Latihan Pendidikan Pakar Bahasa Arab yang dianjurkan oleh King Salman Academy For Arabic Language yang akan diadakan pada 4 Mei 2025 sehingga 1 Jun 2025 bertempat di Jeddah, Arab Saudi.
Hadir di lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Profesor Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Penolong Rektor (Akademik) UNISSA; Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab beserta beberapa tenaga akademik dan pegawai fakulti berkenaan.
Program yang diadakan selama empat (4) minggu ini adalah bagi memperkembangkan kebolehan tenaga pengajar Bahasa Arab bagi bukan penuturnya. Program berkenaan dijangkakan akan diisi dengan penerangan teori, latihan praktikal, aktiviti dan lawatan lapangan.
Usaha seumpamanya menunjukkan bahawa FBA dan UNISSA menyokong sepenuhnya dalam usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke-empat dan ke-tujuh belas iaitu Pendidikan Bermutu dan Kerjasama demi Matlamat.
Program berkenaan diharapkan agar dapat menambahkan lagi pengalaman dan meningkatkan lagi kualiti kebolehan pengajaran Bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam dan seterusnya melahirkan pakar-pakar dalam bidang berkenaan sesuai dengan tuntutan global di era digital. Ia juga seterusnya diharapkan akan dapat menjadi sumbangan yang berkualiti tinggi dan pemangkin bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.