PENANDATANGANAN MOA PUSAT PENYELIDIKAN HALALAM THAYYIBAN (PPHT) DAN INSTITUT HALAL, PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY (PSU) THAILAND

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

24 Ogos 2022; Universiti Islam Sultan Shari Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) telah mempergiatkan lagi usaha menjalinkan jaringan hubungan kerjasama bersama Institut Halal, Prince of Songkla University (PSU), Thailand seacara maya melalui aplikasi ZOOM.

Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Yang Mulia Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, Pengarah PPHT manakala bagi pihak PSU, Thailand ditandatangani oleh Pengarah Institut Halal iaitu Yang Mulia Penolong Profesor Dr Asman Taeali.

Dalam ucapan alu-aluan Pengarah Institut Halal PSU menjelaskan bahawa dengan penandatanganan MoA ini akan dapat mengembangkan dan menyebarluaskan lagi ilmu pengetahuan serta kepakaran yang dimiliki oleh setiap universiti semasa kursus latihan bagi tenaga akademik. Latihan industri atau penempatan kerja dalam kursus pendek akan dapat dimanfaatkan bersama dalam menghasilkan lulusan yang inovatif dan professional.

Pengarah PPHT UNISSA dalam ucapan hormat menyambut baik atas kepercayaan dan kesudian pihak PSU untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan UNISSA. Jalinan kerjasama ini merupakan platform untuk memperkembangkan ilmu dalam halal di peringkat nusantara dan juga antarabangsa seperti meneroka bidang penyelidikan dan kajian kolaboratif perkongsian kepakaran kedua-dua pihak dalam halal.

Penandatangan MoA ini juga akan diimplementasikan dalam bentuk kegiatan pertukaran pelajar, pertukaran tenaga akademik dan aktiviti-aktiviti kolaborasi seminar, penyelidikan dan penerbitan serta latihan industri. UNISSA mengharapkan dokongan dan bantuan PSU untuk mengembangkan kerjasama khususnya dalam bidang Sains Halal.

Turut hadir menyaksikan penandatangan MoA ini ialah Dr Zeiad Amjad Abdulrazzak Aghwan, Timbalan Pengarah PPHT dan Profesor Dr Ali Samoh, Timbalan Pengarah bagi Perkhidmatan Akademik, Hal Antarabangsa dan Khas, PSU UNISSA.