
EIDCLEANUP DONATIOAN ANJURAN BERSAMA UNIT PERKHIDMATAN KAUNSELING, PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR DAN RAKAN U.M.A.T UNISSA
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T
Sabtu, 22 Mac 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Sambutan Nuzul al-Qur’an Peringkat Negara
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) pada hari Isnin, 23 Jamadilawal 1446H bersamaan 25 November 2024M.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor, UNISSA dan Yang Mulia Dayang Hajah Rokiah binti Haji Badar, Pengarah Urusan, BDCB.
MoU ini menandakan permulaan hubungan rasmi antara BDCB dan UNISSA, yang menumpukan kepada kerjasama dan memanfaatkan pengetahuan dan kepakaran masing-masing. Ia menetapkan rangka kerja untuk memupuk kerjasama erat, terutamanya dalam bidang kewangan Islam, di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk berkolaborasi dalam beberapa bidang termasuk penyelidikan, penganjuran acara, penerbitan bahan-bahan penyelidikan, pembangunan kapasiti, pertukaran maklumat dan data, serta inisiatif-inisiatif lain yang boleh memanfaatkan kedua-dua pihak.