
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Sabtu, 16 September – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) hari ini mengadakan sesi pembentangan proposal mini tesis bagi pelajar tahun akhir bagi program Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan yang mengambil tempat di Bilik Latihan L1.3 UNISSA. Sesi pembentangan dihadiri oleh para penyelia tesis yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah FPPI dan juga pelajar Tahun 1 Program Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan.
Tujuan bagi sesi pmbentangan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menyampaikan idea mereka dengan jelas kepada penyelia untuk mendapatkan maklum balas yang berguna bagi melaksanakan kajian mereka. Antara lain juga, ia bertujuan untuk membantu pelajar dalam penyediaan proposal yang jelas dan komprehensif dengan penggunaan data dan evidens yang relevan untuk menyokong cadangan kajian mereka serta menerima maklum balas daripada para penyelia dengan terbuka untuk membantu meningkatkan kualiti kajian dan proposal mereka.
Seramai 14 orang pelajar telah membentangkan proposal kajian mereka dalam sesi pembentangan ini. Secara umumnya, pembentangan proposal mini tesis di peringkat Sarjana Muda ini harus dilakukan dengan penuh objektif oleh kedua belah pihak, iaitu pelajar yang menyampaikan proposal dan penyelia yang menilainya. Objektiviti ini penting untuk memastikan bahawa kajian yang dilakukan memenuhi standard kualiti akademik yang diperlukan.