![](https://unissa.edu.bn/storage/2024/06/LAWATAN-KERJA-KE-IGS-4-300x176.jpg)
LAWATAN KERJA KE KOLEJ INTERNATIONAL GRADUATE STUDIES (KIGS)
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Selasa 25 Jun 2024M – Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani, Pesuruhjaya
Rabu, 19 Jun 2024 – Ibadah Korban merupakan amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam
BERAKAS, 26 September – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini telah menghantar seorang pelajar daripada jurusan Sarjana Muda Sejarah dan Tamadun Islam bagi mengikuti program pengajian di luar negara (Study Abroad Programme). Program ini akan berjalan selama setahun.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Profesor Madya Dr Anis Malik Thoha, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam beserta pegawai dan pelajar FPPI yang lain.
Awang Mohammad Abdullah Daniel bin Mohammad Noor akan mengikuti Program Sarjana Muda Sejarah dan Tamadun di Universiti Yarmouk, Jordan.
Sejak penubuhannya, UNISSA sangat bergiat aktif dalam program-program pengantarabangsaan melalui kerjasama penyelidikan, persidangan, seminar, pertukaran pelajar dan juga pengajian di luar negara bersama universiti di rantau ASEAN dan juga antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, program pengajian di luar negara adalah salah satu usaha di bawah program pengantarabangsaan yang amat memberi manfaat kepada pelajar dari segi peningkatan pengetahuan, pendedahan dan juga pengalaman terutama sekali dalam bidang sejarah dan tamadun Islam. Program pengajian di luar negara ini diharap akan menjadi satu platform untuk pelajar menimba ilmu baru bahkan berkongsiilmu pengetahuan dan pandangan pelajar luar negara dan secara tidak langsung mempromosikan kepelbagaian budaya yang dimiliki oleh kedua buah negara ini. Program ini adalah selaras dengan misi UNISSA untuk melahirkan pemimpin yang bertakwa dan berwibawa yang boleh menyumbang kepada pembangunan Ummah melalui kecemerlangan akademik, penyelidikan dan khidmat masyarakat.