PELAJAR UNISSA ANJURKAN BAHASA ARAB UNTUK SEMUA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

(Late Post)

Bandar Seri Begawan, 19 Julai 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), menerusi mahasiswa/i Tahun 1 Fakulti Bahasa Arab (FBA) telah mengadakan sebuah aktiviti “Bahasa Arab Untuk Semua” semasa perayaan di Taman Sir Omar ‘Ali Saifuddien sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 78 tahun.

Aktiviti ini diadakan bagi mendedahkan orang awam kepada Bahasa Arab secara kondusif, disamping memberi peluang kepada mereka dalam memperkukuh kemahiran dan menambah minat terhadap bahasa dan budaya Arab serta memupuk keyakinan diri dalam berbicara dan berkomunikasi dalam bahasa tersebut terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai latar belakang tentang Bahasa Arab. Dalam pada itu, aktiviti ini juga mewujudkan interaksi positif dan kesejahteraan di kalangan masyarakat.

Program ini juga bertujuan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ke-4 iaitu “Pendidikan yang berkualiti” dalam masyarakat di Negara Brunei Darussalam.