
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
24 Februari – 01 Mac 2025 – Persatuan Mahasiswa Universiti Islam Sultan Sharif Ali yang terlatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi yang dikenali sebagai Rakan U.M.A.T pada tahun ini sekali lagi menjalankan outreach program Jalinan Ukhuwah 2.0. Sasaran tahun ini adalah di negeri bumi kenyalang iaitu Kuching, Sarawak.
Seramai 25 orang Rakan U.M.A.T UNISSA bersama dua orang pegawai pengiring iaitu Cikgu Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor, Kaunselor Pelawat UNISSA dan Norsadiah binti Matarsad, Pegawai Kaunselor UNISSA telah mengikuti program tersebut.
Tujuan program selain daripada menambah jaringan bersama Rakan Siswa atau Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Rakan U.M.A.T juga mengambil kesempatan dan peluang untuk mengadakan Khidmat Masyarakat Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM), Kuching dengan membersihkan kawasan kompleks kebajikan dan seterusnya mengongsikan terapi zikir kepada anak-anak PERYATIM serta memberikan sumbangan berupa barang keperluan kepada kompleks kebajikan berkenaan.
Program selama 6 hari tersebut, diteruskan dengan pengagihan dan penyerahan wakaf Mushaf UNISSA ke Institut Tahfiz, Bintulu, Akademi Tahfiz Hidayatul Quran Annur, Sibu, Kompleks Kebajikan Laila Taib, PERYATIM Kuching, Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching (Masjid Negeri Lama). Secara keseluruhannya sebanyak 200 naskah Mushaf UNISSA yang akan diwakafkan sepanjang program ini.