MINGGU TA’ARUF BAGI KEMASUKAN PELAJAR SESI PENGAJIAN 2024/2025 UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Isnin, 22 Julai 2024 –

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hari ini telah mengadakan Majlis Amanat & Ikrar Pelajar-Pelajar Tahun 1, UNISSA sesi pengajian 2024/2025 sebagai bermulanya Minggu Ta’aruf di Dewan Auditorium, UNISSA. Bagi sesi tahun 2024/2025 seramai 544 orang iaitu 414 pelajar dalam program Prasiswazah; dan 130 orang pelajar dalam program siswazah.

Hadir selaku tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA yang turut menyampaikan ucapan amanat dan seterusnya merasmikan Minggu Ta’aruf Sesi Pengajian 2024/2025.

YM Rektor menyampaikan ucapan Amanat beliau antaranya mengenai perbezaan suasana alam pembelajaran daripada peringkat sekolah menengah ke alam universiti sangat bertepatan dengan peralihan awal Muharram 1446 hijrah supaya membuat azam baru bagi meningkatkan segala usaha dan upaya mengejar kejayaan dalam menjalani kehidupan sebagai mahasiswa/i yang akan berbakti kepada agama, bangsa, negara dan ummah.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Nurhafizatulhikmah binti Haji Seribini, Dekan Pelajar UNISSA selaku pengerusi majlis. Majlis diakhiri dengan bacaan Ikrar pelajar baru diketuai oleh Awang Muhammad Syazwan bin Norsahrul, mahasiswa daripada Fakulti Shariah dan Undang-Undang.