Khamis, 6 Jun 2024 – Mesyuarat KAIB ke-XV 2024 di Brunei Darussalam
RESOLUSI
Konferensi Antarabangsa Islam Borneo Ke-15 (KAIB XV)
Tema: Membangun Masyarakat dan Perbandaran Islam yang Mampan
- Menubuhkan pusat kajian dan pelestarian manuskrip Islam yang bertanggung jawab memelihara dan melestarikan manuskrip sebagai sumber kajian berkaitan ugama, identiti, asal-usul, sejarah tradisi dan legasi masyarakat rantau ini.
- Menyokong usaha untuk mentakrif semula dan menyesuaikan 17 SDGs sedia ada melalui nilai-nilai Islam, memastikan ia mencerminkan kepercayaan, budaya, dan keperluan komuniti ini berdasarkan Maqasid Al-Shari’ah.
- Memastikan perancangan dan pembangunan strategik Ummah dalam bidang utama, seperti ekonomi, pendidikan, dakwah, undang-undang, pengurusan masjid, dan pembangunan sosio-budaya.
- Menubuhkan kerangka kerja secara kolaborasi untuk institusi zakat dan waqaf di seluruh Borneo bagi meningkatkan kualiti pengurusan zakat dan waqaf dalam usaha pengurangan kemiskinan.
- Mengukuhkan sinergi antara pemimpin, tokoh-tokoh agama dan komuniti untuk memajukan prinsip Islam wasaṭiyyah yang akan menyumbang kepada kestabilan serantau dan keamanan global.
- Menggalakkan universiti untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan seimbang yang berilmu, beriman, bertaqwa, berakhlaq mulia serta berkemahiran dalam pelbagai bidang.
- Menyokong inisiatif seperti model Quintuple Helix-5r (relation, reduction, reform, return, resilience) yang mengintegrasikan perspektif universiti, industri, kerajaan, komuniti, dan ekologi untuk memajukan pendidikan dan pembangunan mampan.
- Memartabatkan amalan perbandaran beretika yang menekankan keadilan, kesaksamaan, kebijaksanaan dan kebajikan.
- Menangani cabaran yang berkaitan dengan konteks budaya, struktur tadbir urus, dan dinamika sosio-ekonomi, menyesuaikan strategi kepada realiti tempatan.