MENGHADIRI PERSIDANGAN WCIT 2014

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

29 Julai 2024 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA telah menghadiri The 7th World Conference on Islamic Thought & Civilization (WCIT) 2024 dengan tema ‘Together We Stand: Muslims and Global Humanity’ anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak Malaysia yang berlangsung dari 29-31 Julai 2024 bertempat di Casuarina Hotel Meru, Ipoh Perak. Persidangan tersebut dimulakan dengan “Royal Keynote Address” yang disampaikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Turut hadir Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, dan Menteri Besar Perak Saarani Mohamad.

Baginda Sultan Perak bertitah terdapat keperluan mendesak untuk umat Islam bersatu padu pada ketika konflik dan jurang ekonomi global yang semakin meningkat. Sejak Oktober 2022, dua konflik besar yang menjejaskan populasi majoriti Islam telah tercetus, iaitu perang saudara Sudan dan konflik di Gaza. “Merentasi konflik global ini, orang awam yang tidak berdosa dari pelbagai agama – Islam dan bukan Islam – termasuk ribuan wanita dan kanak-kanak, menanggung penderitaan: terbunuh, cedera, dipaksa keluar dari rumah mereka dan dalam banyak kes, kini kekurangan makanan yang semakin meruncing,” titah baginda ketika menyempurnakan titah perasmian.

WCIT 2024 berlangsung selama tiga hari tersebut dihadiri lebih 1,000 orang yang terdiri daripada para ulama, pemimpin, intelektual, profesional, dan masyarakat dalam dan luar negara. Turut hadir mengikuti persidangan berkenaan ialah Dr Haji Hambali bin Haji Jaili, Pemangku Penolong Rektor (Penyelidikan dan Antarabangsa) UNISSA.