INFAQ PRELOVED BAJU RAYA 2024

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Program Infaq Preloved Baju Raya 2024 bantu Masyarakat Memerlukan

Sabtu & Ahad, 23 & 24 Mac 2024 – Dalam usaha menjalankan tanggungjawab sosial menerusi sumbangan pakaian-pakaian terpakai kepada golongan-golongan yang memerlukan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) dengan kerjasama Women Business Council (WBC) telah mengadakan program Infaq Preloved Baju Raya 2024 yang berlangsung di Dewan Al-Rayyan, UNISSA, Kampus Sinaut.

Program ini diadakan secara tiga peringkat, iaitu peringkat pertama merupakan ‘Donation Drive’ di mana sumbangan berupa pakaian untuk hari raya, seperti baju cara Melayu, baju Kurung, tudung, beg tangan dikumpulkan bermula 18 Mac hingga 20 Mac 2024. PPHT berbesar hati dan melahirkan rasa penghargaan di atas sumbangan yang diterima.

Manakala peringkat kedua pula adalah ‘Baju Raya Giveaway’, iaitu penyerahan sumbangan yang berlangsung di Dewan Al-Rayyan, UNISSA, Kampus Sinaut pada 23 Mac hingga 24 Mac 2024.

Seterusnya, peringkat ketiga adalah ‘Baju Raya Drop-Off’, iaitu lebihan baju diserahkan ke Women Business Council untuk dibahagikan kepada orang yang memerlukan yang telah dikenalpasti.

Antara tujuan program ini adalah untuk menyediakan baju raya terpakai yang masih dalam keadaan baik dan baharu untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan secara percuma.  Meskipun bukan serba baharu, pemberian ikhlas ini sudah cukup membawa kegembiraan kepada si pemakai sekaligus menjadikan hari raya mereka sangat bermakna.

Disamping itu, menderma pakaian terpakai bukan sahaja bagi tujuan amal dan membantu golongan yang memerlukan, malah ia jua menyumbang kepada kelestarian alam. Kitar semula antara usaha yang mendekatkan kita dengan alam semula jadi. Ramai yang tidak tahu proses penguraian tekstil yang berlaku semula jadi akan mengambil masa yang lama dan sekaligus mencemarkan alam sekitar dengan membebaskan gas metana (methane gas) iaitu gas rumah hijau yang berbahaya dan menjadi penyumbang utama pemanasan global.