
EKSPLORASI KERJAYA 4.0: MENJANA ILMU & INSPIRASI BERSAMA JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Isnin, 14 April 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat
Jumaat, 16 Februari 2024 – “Munajat dan Tazkirah Subuh Solidariti Pelajar UNISSA Untuk Rakyat Palestin” merupakan salah satu program sesi tazkirah yang berunsurkan ceramah yang telah dianjurkan oleh Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) dengan kerjasama bersama Unit Keugamaan dan Takmir Surau Al-Syafi’i di bawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISSA. Program ini juga mendapat sokongan dari JKT Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong.
Dengan adanya program ini, ianya dapat meningkatkan rasa keprihatinan serta pemedulian yang tinggi terhadap orang ramai kepada rakyat Palestin. Melalui program ini, Dr Cecep Soleh Kurniawan, Timbalan Pengarah Mazhab Shafie, UNISSA telah dijemput selaku penceramah bagi menyampaikan tazkirah mengenai rakyat Palestin terhadap orang ramai agar sama-sama menunjukkan salah satu nilai murni iaitu bersimpati terhadap kesusahan orang lain.
Tambahan lagi, tabung bagi kutipan derma untuk rakyat Palestin juga disediakan. Kesemua sumbangan yang dikutip telah disumbangkan sepenuhnya kepada Tabung Palestin melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).