
EKSPLORASI KERJAYA 3.0: JABATAN PENERANGAN
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Isnin, 14 April 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat
12 APRIL 2025, SABTU – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya
Khamis, 20 Mac 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan Takmir Surau, Pejabat Hal Ehwal Pelajar mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Penutup Tadarus, Iftar Jama’ie (Berbuka Puasa) & Penyampaian Derma Anak Yatim Serta Penerima Bantuan Warga UNISSA pada hari Khamis, 19 Ramadhan 1446H bersamaan 20 Mac 2025M, jam 5.15 petang, bertempat di Surau Al-Syafi’i, UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal. Juga turut hadir ialah pemangku timbalan rektor, penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa/i yang menetap di Kolej Kediaman UNISSA.
Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan kemudian diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran.
Majlis ini adalah kesinambungan daripada Majlis Tadarus Al-Quran yang berjalan sepanjang bulan Ramadhan selepas sembahyang Fardu Zuhur yang melibatkan pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa/i UNISSA. Ia bertujuan untuk memberi dorongan kepada warga UNISSA untuk melazimkan pembacaan Al-Quran di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga UNISSA.
Seramai 22 orang anak yatim dan 4 orang penerima bantuan dari kalangan warga UNISSA menerima sumbangan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.
Majlis kemudian diserikan dengan tazkirah khas bertema “Aqal Sihat Dengan Al-Qur’an” yang disampaikan oleh Dr Muhammad Zakir bin Husain, Pensyarah Fakulti Usuluddin.
Majlis diakhiri dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah dan iftar jama’ie (berbuka puasa).