PENANDATANGANAN MOU ANTARA UNISSA DAN MITSUBISHI CORPORATION
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Pada hari Khamis, 19 Jamadilawal 1446H bersamaan dengan 21 November 2024M Fakulti Bahasa Arab, Universiti
Rabu, 18 Disember 2024: Melihat kepada kepentingan Bahasa Arab di sebuah negara zikir, Negara Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab telah mengadakan Majlis Perasmian Karnival Bahasa Arab 2024 sempena Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2024. Majlis perasmian tersebut telah diisikan dengan Pertandingan Pidato Bahasa Arab. Majlis ini juga disempenakan dengan Brunei Disember Festival 2024.
Di antara objektif Pertandingan Pidato Bahasa Arab ini diadakan ialah bagi memupuk minat mahasiswa/wi terhadap Bahasa Arab, meningkatkan kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan mahasiswa/wi pengajian tinggi, melahirkan pemidato berkualiti yang berketerampilan, berkeyakinan tinggi, dan mampu menyampaikan idea dengan jelas serta berstruktur, dan meningkatkan kebolehan komunikasi mahasiswa/wi dalam bahasa Arab sebagai persiapan untuk keperluan akademik, profesional, dan global.
Tema sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia pada tahun 2024 adalah Bahasa Arab dan Kecerdasan Buatan: Memperkukuh Inovasi sambil Memelihara Warisan Budaya. اللغة العربية والذكاء الاصطناعي: تعزيز الابتكار مع الحفاظ على التراث الثقافي
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA. Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan bahawa dalam arus gelombang teknologi masa kini, penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam memperkembangkan dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab perlu diambil perhatian sewajarnya. Walaubagaimanapun, dengan arus kemodenan terkini, warisan budaya tidak boleh diabaikan dan diketepikan.
Seramai 8 orang peserta dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada hakim dan peserta pertandingan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dr Hajah Norhayati binti Haji Abd Karim, Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA, para pensyarah dan pelajar.
Juara pertandingan ini adalah Habib Musa dari UNISSA, yang menyampaikan pidato bertajuk “Kepentingan Bahasa Arab dalam Memperkukuhkan Komunikasi Budaya dan Intelektual.”
Tempat kedua diraih oleh Ak Md Luqmanul Hakim bin Pg Haji Bahar, manakala tempat ketiga disandang oleh Kamal Shukri bin Mohd Kamal, yang mana kedua-duanya mewakili UNISSA.