MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN & MAJLIS PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA BADAN PELAJAR USULUDDIN (BadrU) SESI 2023/2024 SERTA PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BADAN PELAJAR USULUDDIN SESI 2024/2025

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Sabtu, 6 Julai 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Fakulti Usuluddin telah
mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Dekan & Majlis Pembubaran Ahli Jawatankuasa
Badan Pelajar Usuluddin Sesi 2023/2024 sekaligus Pelantikan Ahli Jawatankuasa Badan
Pelajar Usuluddin Sesi 2024/2025. Seramai 139 tetamu yang hadir terdiri daripada warga Fakulti Usuluddin Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Ini termasuk Tetamu Kehormat majlis, Tenaga Akademik & Kakitangan Sokongan Fakulti Usuluddin dan pelajar Fakulti Usuluddin.

Majlis turut dihadiri oleh Pelajar Fakulti Usuluddin Tahun 1 dan 2. Seramai 59 orang para penerima Anugerah Dekan menerima anugerah pada tahun ini. Pelajar yang terpilih ialah para pelajar Fakulti Usuluddin yang memperolehi keputusan cemerlang dalam mata pelajaran mereka bagi Semester 1 & 2 Sesi Akademik 2023/2024. Adapun tujuan majlis ini diadakan ialah sebagai penghargaan atas kecemerlangan para pelajar dan sempena pelantikan baru Ahli Jawatankuasa Badan Pelajar Usuluddin (BadU) Sesi 2024/2025.


Tetamu Kehormat bagi majlis ini ialah Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Profesor Dato’ Dr Mohd. Fakhruddin Bin Abdul Mukti. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat yang diketuai oleh Ketua Unit Keugamaan dan Kerohanian, Badan Pelajar Usuluddin, Mon’am Mubarak Bin Haji Saharuddin. Majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Tausiyat oleh Tetamu Kehormat majlis dan Presiden Badan Pelajar Usuluddin Sesi 2023/2024.

Setelah itu, majlis dilanjutkan lagi dengan penyampaian sijil anugerah dekan dan tayangan video. Acara terakhir dalam majlis tersebut ialah pembubaran Ahli Jawatankuasa Badan Pelajar Fakulti Usuluddin (BadrU) Sesi 2023/2024 dan diikuti dengan pengumuman pelantikan Ahli Jawatankuasa Badan Pelajar Usuluddin (BadrU) bagi Sesi 2024/2025. Program diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran, tasbih
kafarah dan bacaan surah al-‘Asr sekaligus sesi bergambar ramai.