
EKSPLORASI KERJAYA 4.0: MENJANA ILMU & INSPIRASI BERSAMA JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Isnin, 14 April 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat
Khamis, 13 Februari 2025 – Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera bagi Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-41, Tahun 2025 diadakan serentak di keempat-empat daerah hari ini. Di Daerah Brunei dan Muara, majlis berkenaan juga diadakan bertempat di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr.Haji Azman bin Ahmad.
Bagi menyemarakkan majlis tersebut, syair “Brunei Merdeka Berdaulat” karya Rhymie Ahmad dipersembahkan oleh salah seorang mahasiswa UNISSA tahun 1 iaitu Muhammad Saiful Amin bin Rosli.
Bendera kecil meja ini telah diagihkan kepada para peserta, terdiri daripada guru dan pelajar yang akan menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-41, Tahun 2025. Majlis ini diadakan oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan Jabatan Pendidikan Swasta dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).