MAJLIS PENANGGUHAN KAIB XV

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Khamis, 6 Jun 2024 – Konferensi Antarabangsa Islam Borneo ke-15 (KAIB VX) diakhiri dengan Majlis Penangguhan KAIB XV yang berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Majlis dimulakan dengan ucapan Yang Mulia Profesor Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad selaku Pengerusi KAIB XV yang menyentuh mengenai xxx

Seterusnya, Yang Mulia, Profesor Madya Dr Anis Malik Thoha, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), UNISSA selaku Timbalan Pengerusi KAIB XV telah membentangkan Resolusi Konferensi Islam Antarabangsa ke-15 (KAIB VX).

Didalam majlis tersebut, Yang Berhormat telah menyampaikan ucapan penangguhan KAIB XV.

Kemudian, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA telah menyerahkan Resolusi Konferensi Antarabangsa Islam Borneo ke-15 (KAIB XV) kepada Yang Mulia Profesor Dr Haji Syarif S.AG. MA, Rektor Institut Agama Islam Negeri Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

Turut hadir ke majlis tersebut, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA selaku Pengerusi Jawatankuasa Pandu KAIB XV, Timbalan Menteri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (Kebudayaan); tetamu-teatamu khas; Pegawai-pegawai Utama UNISSA dan para peserta persidangan.