
PROGRAM DUAL IJAZAH SARJANA MUDA KINI DITAWARKAN DI UNISSA
Sabtu, 15 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong.
Sabtu, 15 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong.
Khamis, 13 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerima kunjungan daripada Universitas
Forum Antarabangsa Manuskrip Islam Siri 1 anjuran Pusat Kajian Manuskrip Islam dengan kerjasama Pusat Kepimpinan
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (Unit Keugamaan dan Takmir Surau) telah mengadakan Majlis Pembukaan Berdikir 12 Malam bagi memperingati hari kelahiran Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam pada hari Sabtu, 30hb Safar 1445H bersamaan 16hb September 2023M, selepas solat fardhu Maghrib berjemaah, bertempat di Surau Al-Syafi’i, UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Penolong Rektor (Penyelidikan, Antarabangsa dan Perkhidmatan) UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad.
Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh pelajar tahun 2 dari Fakulti Usuluddin, Muhammad Dzulkhairi bin Haji Ibrahim.
Majlis seterusnya diikuti dengan laungan dikir beramai-ramai dimulakan dengan Dikir Assalamualaika dan diakhiri dengan sembahyang fardhu Isya berjemaah.
Majlis ini merupakan salah satu acara kebesaran Islam di samping mengharapkan syafaat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata’ala jua.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Utama, Tenaga Akademik, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan serta Mahasiswa UNISSA.