MAJLIS PELANCARAN BUKU-BUKU TERBITAN TERBAHARU UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berjaya menerbitkan 34 buah buku dalam pelbagai bidang hasil tulisan beberapa orang penulis dan dilancarkan bersempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-14 UNISSA yang telah diadakan pada 22 Ogos 2024. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan Di Jabatan Perdana Menteri, Pro Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali Sebanyak 34 buah buku terbaharu terbitan UNISSA  dalam pelbagai bidang telah dilancarkan yang mana empat (4) buah buku antaranya adalah hasil daripada geran penyelidikan di bawah Dana Cuti dan Geran Penyelidikan Universiti, UNISSA (URLG). Buku-buku tersebut terdiri daripada sepuluh (10) buah buku dalam bahasa Melayu, tiga belas (13) buah buku dalam bahasa Inggeris, tiga (3) buah buku dalam bahasa Arab, serta sebuah monograf. Di samping itu, turut dilancarkan tujuh (7) buah jurnal iaitu dua (2edisi AR-RA’IQ, dua (2edisi Al-Shafi’i: International Journal of Islamic Contemporary Studies, dua (2edisi Journal of Halal Science and Technology, dan sebuah edisi International Journal of Umranic Studies (IJUS).