MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA HAFL AL-TAKHARRUJ KE -14 UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Rabu, 14 Ogos 2024 – Seramai 454 orang bakal graduan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) diraikan dalam Majlis Khatam al-Quran dan Doa Kesyukuran sempena Hafl al-Takharruj ke-14 yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanal Bolkiah, Kampong Kiarong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA yang juga memimpin bacaan Surah al-Fatihah.

Majlis kemudian diikuti dengan bacaan Surah ad-Dhuha hingga Surah an-Naas secara beramai-ramai yang diketuai oleh Muhammad Hilmi bin Muhammad Iskandar, bakal graduan Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir dan Qiraat) dan diselajurkan dengan bacaan takhtim. Manakala bacaan Doa Khatam diketuai oleh Muhd Auni Marzuqi bin Haji Anuar, bakal graduan Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir dan Qiraat). Majlis turut diserikan dengan laungan Dikir Marhaban dan bacaan Doa Kesyukuran UNISSA yang dipimpin oleh Muhammad Adhwa Firdaus bin Mohamad Yusra, bakal graduan Sarjana Muda Usuluddin (Aqidah dan Dakwah).

 

Di majlis itu, tetamu kehormat telah menyampaikan sijil Khatam Al-Quran dan cenderahati kepada para bakal graduan yang diraikan. Turut hadir, penolong-penolong Rektor, pegawai utama, pegawai dan kakitangan UNISSA serta ibu bapa/penjaga bakal graduan.

Majlis berkenaan merupakan salah satu acara tradisi tahunan yang diungkayahkan bagi menyemarakkan Sambutan Hafl al-Takharruj UNISSA dan juga membudayakan pembacaan al-Quran di kalangan para mahasiswa dan mahasiswi selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.