
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Khamis, 10 Ogos 2023 – Seramai 471 orang graduan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) diraikan dalam Majlis Khatam al-Quran dan Doa Kesyukuran sempena Hafl al-Takharruj ke-12 yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanal Bolkiah, Kampong Kiarong pada hari Khamis, 10 Ogos 2023M, jam 9.00 pagi.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.
Majlis Khatam al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor, Universiti Islam Sultan Sharif Ali kemudian diikuti dengan bacaan Surah ad-Dhuha hingga Surah an-Naas oleh graduan UNISSA beramai-ramai.
Acara kemudian diikuti dengan bacaan Takhtim oleh mahasiswa UNISSA dan disudahi dengan bacaan Doa Khatam oleh Abdull Mu’in bin Hj Abd, Hamid, graduan Program Sarjana Muda. Ekonomi dan Kewangan Islam.
Kemudian acara diserikan dengan laungan Dikir Marhaban dan bacaan Doa Kesyukuran UNISSA yang dipimpin oleh Md Nur Iqbal bin Awg Asli, graduan Prpgram Sarjana Muda Usuluddin.
Turut hadir bagi meraikan majlis tersebut ialah Penolong-Penolong Rektor, Pegawai-Pegawai Utama, Timbalan-Timbalan Dekan/Pengarah serta ibu bapa/penjaga graduan.
Majlis berkenaan merupakan salah satu acara tradisi tahunan yang diungkayahkan bagi menyemarakkan Sambutan Hafl al-Takharruj UNISSA.
Antara lain tujuan majlis diadakan ialah untuk membudayakan pembacaan al-Quran di kalangan para mahasiswa dan mahasiswi selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.
Di samping bagi menggalakkan penglibatan para mahasiswa dan mahasiswi dalam aktiviti keagamaan agar dijadikan sebagai amalan harian.