PROGRAM QIYAMULLAIL قم الليل إلا قليلا, DENGAN BACAAN RIWAYAT KHOLAF ‘AN HAMZAH DAN HAFS ‘AN ‘ASIM BITHORIQ THOYYIBAH
Jumaat, 25 October 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Fakulti Usuluddin melalui Badan
Jumaat, 25 October 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Fakulti Usuluddin melalui Badan
Ahad 27 Oktober 2024 – Bagi meningkatkan kesejahteraan emosi, sosial dan mental, warga Universiti Islam
15 Rabiulakhir 1446H bersamaan dengan 19 October 2024M,, hari Sabtu- Universiti Islam Sultan Sharif Ali
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 Oktober 2024 – Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui fakulti Usuluddin Akidah dan Dakwah (FU) telah membuat lawatan sambil belajar bagi kursus UA4317 Al-Harakat Al-Daawiyah Al-Muasirah ke Pusat Da’wah Islamiah cawangan Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.
Rombongan lawatan ini diketuai oleh Pensyarah Dr Ahmed Fadhel Yousif yang merupakan Pensyarah bagi Fakulti Usuluddin dan Kursus Al-Harakat Al-Daawiyah Al-Muasirah.
Turut hadir Pg Haji Jufri bin Pg Haji Hidup, Ketua Unit Dakwah Khas, Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Da’wah Islamiah untuk menyampaikan taklimat serta kata-kata aluan bagi kehadiran pelajar-pelajar dan pensyarah ke Pusat Dakwah Islamiah.
Seramai 27 orang pelajar iaitu 10 orang lelaki dan 17 orang perempuan dari Tahun 4 Fakulti Usuluddin Akidah dan Dakwah telah ikut serta di dalam lawatan tersebut.
Program dimulakan dengan taklimat yang diadakan di Dewan Serbaguna, Pusat Da’wah Islamiah dan diteruskan dengan lawatan ke tempat Ruai Darul Huda. Pelajar-pelajar turut diberi peluang untuk menghadiri Majlis Pengislaman bagi dua saudara baru yang diadakan di Bilik Pengislaman, Pusat Da’wah Islamiah. Mereka juga berpeluang untuk melihat skim bimbingan lanjutan bagi para muallaf. Kemudian program diteruskan lagi dengan lawatan ke Balai Pameran Pusat Da’wah Islamiah.
Antara objektif-objektif yang boleh diambil dari lawatan ini ialah memperkukuhkan pemahaman pelajar mengenai peranan Pusat Da’wah Islamiah dalam menyebarkan dan menguatkan dakwah di negara ini serta menyediakan wawasan tentang kaedah dakwah yang relevan dan inovatif. Selain itu, lawatan ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari strategi dan pendekatan dakwah yang digunakan oleh Pusat Dakwah Islamiah dalam menangani cabaran dakwah masa kini. Bukan hanya itu, dari lawatan ini juga para pelajar dapat membina hubungan dan kerjasama antara pelajar dengan Pusat Da’wah Islamiah untuk pengembangan ilmu serta pengalaman praktikal dalam bidang dakwah.