
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
KHAMIS, 29 OGOS 2024 – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), UNISSA, telah menerima satu lawatan kerjasama daripada Dekan Fakultas Adab dan Humaniora, UIN Imam Bonjol Padang, Indonesia bagi membuat perbincangan lanjut susulan penandatanganan MoU pada tahun 2023 yang lalu dengan FPPI. Turut sama dalam rombongan lawatan kerjasama ini adalah Rektor UIN IB Padang, Prof. Dr. Hj. Martin Kustati, M.Pd.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua fakulti dalam pelbagai bidang akademik, penyelidikan dan khidmat masyarakat. Pada kesempatan ini juga, Rektor UIN IB Padang menyampaikan ucapan terima kasih atas sambutan luar biasa dari pihak UNISSA dan berharap agar kerjasama ini akan tetap berlanjutan demi kemajuan kedua-dua fakulti khususnya dan universiti secara amnya.
Lawatan kerjasama ini telah disambut oleh YM Profesor Madya Dr Anis Malik Thoha, Dekan FPPI, Muhammed Sahrin bin Haji Masri, Timbalan Dekan FPPI, pegawai-pegawai pentadbiran FPPI serta Dr Nurefnazahani binti Haji Durani sebagai wakil daripada Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa (PusPAA) UNISSA.
Perjumpaan diakhiri dengan bacaan Surah Al-‘Asr sekaligus sesi penyampaian cenderahati dan bergambar ramai.