
PROGRAM DUAL IJAZAH SARJANA MUDA KINI DITAWARKAN DI UNISSA
Sabtu, 15 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong.
Sabtu, 15 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong.
Khamis, 13 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerima kunjungan daripada Universitas
Forum Antarabangsa Manuskrip Islam Siri 1 anjuran Pusat Kajian Manuskrip Islam dengan kerjasama Pusat Kepimpinan
Pada 18 November 2024 bersamaan dengan 16 Jamadilawal 1446, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima kunjungan ilmiah daripada Fakultas Tarbiyah, Institut Agama Islam Negeri Kediri. Kunjungan ini dipimpin oleh Prof. Dr. Hj. Mnifah M.Pd, yang merupakan Ketua Rombongan. Acara ini diadakan dengan matlamat untuk memperkukuh dan memperluas kerjasama akademik antara kedua-dua institusi, serta untuk menjalin hubungan yang lebih erat dalam bidang pendidikan.
Sesi kolaboratif ini dirangka dengan pelbagai aktiviti yang menyediakan peluang bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan berkenaan kurikulum dan metodologi pengajaran dalam bidang Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Sepanjang sesi, para peserta terlibat dalam perbincangan yang membina mengenai cabaran dan peluang dalam pendidikan, serta pertukaran amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan, melalui sesi ini, dapat membuka jalan untuk perancangan aktiviti kerjasama pada masa hadapan yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada pensyarah di kedua-dua universiti. Akhir sekali, kerjasama ini diharapkan dapat melahirkan program-program yang inovatif dan menghasilkan impak yang positif dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta pengembangan ilmu pengetahuan di kedua-dua institusi.