
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Hari Rabu, 28 Jun 2023, seramai 19 orang ahli Pasukan Kadet Tentera Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengikuti Latihan Hutan Pahlawan Muda 2023, Peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). Latihan Hutan berkenaan dianjurkan oleh Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KT ABDB), Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei bermula pada hari Khamis, 22 Jun 2023 hingga hari Rabu, 28 Jun 2023 bertempat di Kawasan Latihan Sungai Banyu, Daerah Tutong. Latihan Hutan tersebut juga turut disertai oleh 700 SSJN KT Haji Muhammad Danish Iqbal bin Haji Ariffin, Guru Pengawas Pasukan Kadet Tentera UNISSA.
Latihan Hutan Pahlawan Muda 2023 ini diungkayahkan adalah bertujuan bagi mendedahkan dan memperkenalkan latihan asas ketenteraan kepada peserta-peserta, disamping mengeratkan lagi tali silaturrahim diantara peserta-peserta serta memberikan pengalaman di dalam bidang ketenteraan. Latihan Hutan ini juga bertujuan untuk menilai tahap kepimpinan dan pentadbiran latihan hutan bagi ahli pasukan KT ABDB serta menilai asas ketenteraan latihan hutan bagi ahli pasukan KT ABDB yang baru.
Pasukan Kadet Tentera dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dan Politeknik Brunei (PB) juga turut terlibat menyertai Latihan Hutan berkenaan.