
EKSPLORASI KERJAYA 4.0: MENJANA ILMU & INSPIRASI BERSAMA JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Isnin, 14 April 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat
Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan kursus khas kepimpinan bagi ahli-ahli MPP yang baru dilantik bagi membina disiplin dan ketahanan diri dalam usaha untuk meningkatkan semangat dan keyakinan diri melalui sikap yang positif dan kecekalan hati serta menimbulkan motivasi ke arah kepimpinan yang berkarisma dan dapat ditauladani untuk menggerakkan sebarang aktiviti ilmiah dan kepimpinan dalam berpersatuan.
Kursus telah diadakan selama 3 hari di Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD), Temburong. kursus ini diadakan antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua ahli MPP mengenai aspek-aspek kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran yang releven bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan lebih baik dan berkesan.
Majlis penutup kursus telah diadakan pada hari Khamis, 18 Julai 2024 bertempat di OBBD Temburong. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah YM Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA yang turut menyampaikan sijil tamat latihan kepada para peserta.