
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
5 Oktober 2022, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan sesi pertama kursus Bahasa Turki untuk tenaga akademik dan bukan akademi bahagian pentadbiran. Hadir merasmikan kursus bahasa ini Duta Besar Republik Türkiye ke Brunei Darussalam Prof Dr Hamit Ersoy.
Kursus ini dikendalikan oleh Kedutaan Republik Türkiye, dengan bantuan logistik daripada pusat promosi bahasa dan budaya Turki, Institut Yunus Emre di Kuala Lumpur, Malaysia, kursus ini adalah yang pertama seumpamanya diadakan di luar perkarangan Kedutaan di Brunei.
Kursus Bahasa Turki berlangsung selama 12 minggu dengan kelas 3 jam diadakan dua kali seminggu, dengan buku teks disediakan oleh Institut Yunus Emre dan disampaikan secara sukarela oleh Madame Lale Ersoy, pasangan Duta Besar Prof. Dr. Hamit Ersoy. Apabila lulus akhir penggal kehadiran penilaian akan menerima sijil yang diiktiraf di peringkat antarabangsa daripada Institut Yunus Emre.