BAHASA ARAB TERUS DIPERKASA
Selasa, 4 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa
Selasa, 4 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa
Khamis, 30hb Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) meneruskan pertandingan Piala Canselor
Ahad, 25 Januari 2025- Pertandingan Chancellor’s Trophy bagi tahun 2024/2025 anjuran bersama Universiti Islam Sultan
TEMBURONG, Ahad, 17 September – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Badan Pelajar Pengurusan Pembangunan Islam (IDeMs) dengan kerjasama Unit Dakwah Daerah Temburong, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat Kampong Semabat, Daerah Temburong yang merupakan salah satu pengisian bagi Program Kem Kepimpinan Pelaku Pembangunan Islam Siri Ke-5 (K2P2I 5.0) yang telah dirasmikan baru-baru ini.
Khidmat Masyarakat ini diungkayahkan di empat lokasi yang terpilih iaitu Balai Ibadat Semabat, Rumah Bahagia Kampong Semabat, Rumah Babu Aisyah binti Abdullah dan Rumah Babu Maryam binti Abdullah yang melibatkan pegawai-pegawai dari PDI, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan FPPI, UNISSA, serta peserta-peserta K2P2I 5.0.
Antara aktiviti yang diadakan adalah Klinik Bacaan Dalam Solat yang dijalankan oleh peserta K2P2I 5.0 bersama penduduk Kampong Semabat di Balai Ibadat Semabat. Manakala kempen kebersihan telah diadakan di tiga lokasi yang lain serta di sekitar Kampong Semabat. Selain daripada itu, peserta K2P2I 5.0 juga berkesempatan untuk mempelajari kraf tangan bersama salah seorang penduduk di sana.
Program ini antara lain bertujuan untuk merapatkan ukhwah Islamiyyah antara peserta dan penduduk kampong dengan memupuk sikap pemedulian dan perpaduan sesama masyarakat Islam amnya dan penduduk Kampong Semabat secara khasnya.
Program diserikan lagi dengan Majlis Penyerahan Wakaf Mushaf UNISSA dan sumbangan sedekah kepada fakir miskin di Kampong Semabat. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa. Kemudian diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Ustaz Muhammed Sahrin bin Haji Masri, Timbalan Dekan FPPI. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Wakaf Mushaf UNISSA dan sumbangan sedekah kepada fakir miskin Kampong Semabat yang disampaikan oleh Ustaz Muhammed Sahrin bin Haji Masri dan Dayang Liza Mariah binti Haji Azahari, Ketua Program Sarjana Muda FPPI. Program diakhiri dengan sesi bergambar ramai.