
EIDCLEANUP DONATIOAN ANJURAN BERSAMA UNIT PERKHIDMATAN KAUNSELING, PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR DAN RAKAN U.M.A.T UNISSA
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T
Sabtu, 22 Mac 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Sambutan Nuzul al-Qur’an Peringkat Negara
Pada 9hb Zulkaedah 1445H bersamaan dengan 18hb Mei 2024M, WeCare telah pun mengadakan Projek Bantuan Kilat Mangsa Kebakaran Kg. Setia bersama sukarelawan dari Persatuan Alumni UNISSA sesi 2023/2025.
Objektif utama projek ini adalah untuk memberi bantuan berupa barang asasi dan wang tunai bagi mangsa-mangsa kebakaran yang telah terjadi di Kg Setia ‘B’ pada 12 Mei 2024M.
Sumbangan telah diserahkan kepada Penghulu Mukim Zon 2, Kg Ayer, Awang Raimi bin Awang Rashid di Masjid Perdana Wangsa Hj Mohammad, Kg Setia. Turut hadir pada majlis penyerahan ialah Samira Razin Abdullah Sambut, Presiden WeCare BN, Dr Muhammad Yadiy bin Hj Mat Yassin, Yang Di-Pertua Persatuan Alumni UNISSA, ahli sukarelawan yang terdiri daripada ahli jawatankuasa Mukim dan Kampong, ahli jawatankuasa Persatuan WeCare, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni UNISSA serta beberapa alumni-alumni UNISSA yang lainnya.
Persatuan Alumni UNISSA juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak WeCare atas kesudian dan kepercayaan mereka dalam memberi peluang kepada Persatuan Alumni UNISSA untuk membantu menyumbangkan tenaga bagi menjayakan program ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda dengan sebaik-baik ganjaran.