
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Isnin, 13 Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghantar tiga orang pelajar untuk menyertai JENESYS Inbound Program: JENESYS2024 – JAPAN Students Conference mulai 14 hingga 21 Januari 2025 di bawah tajaan Kedutaan Besar Jepun, Negara Brunei Darussalam. Antara tujuan program ialah untuk mempertingkatkan persefahaman diantara pihak Jepun dan dikalangan negara-negara Asia-Pasifik. Selain itu, program ini juga dapat menggalakkan persefahaman dalam aspek ekonomi, masyarakat, sejarah, kepelbagaian budaya, politik dan hubungan diplomatic Jepun dikalangan pelajar.
Muhamad Kamal Shukri bin Mohamad Kamal dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam; A’isyah binti Muhamad Yusop dan Ayeesatul Aliah binti Haji Ali Asgar, Fakulti Undang-Undang Sultan Haji Hassanal Bolkiah mewakili UNISSA yang akan terlibat di dalam program berkenaan untuk mendalami pengetahuan mereka tentang hubungan antara Jepun dan rantau ASEAN. Mereka juga akan turut sama dalam membincangkan topik yang berkaitan iaitu Education and Cultural Preservation, Energy and Climate Change dan Maritime Security and Rule of Law.