INTERNATIONAL DAY UNISSA 2024

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) adalah destinasi pengajian bagi 153 pelajar antarabangsa dari 27 buah negara, di mana 16 orang daripadanya ialah pemegang Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam (BDGS) dan 137 orang ialah pelajar persendirian. Dalam meraikan pelbagai budaya dan latar belakang serta mengeratkan lagi silaturrahim antara mahasiswa dan mahasiswi antarabangsa dan tempatan UNISSA melalui perkongsian adat tradisi negara, dan juga pengalaman sepanjang menuntut ilmu di UNISSA, Unit Hal Ehwal Antarabangsa (UHEA), Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan UNISSA International Day pada hari Sabtu, 20 April 2024 bersamaan 9 Syawal 1445H dengan tema “Sehati Sejiwa Al-Wafidun”.

Acara dihadiri oleh Yang Mulia Dr Hj Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA selaku tetamu kehormat majlis, pegawai-pegawai utama, pensyarah serta mahasiswa-mahasiswi UNISSA.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an oleh Abduslam Jaidee, mahasiswa Tahun 3 Fakulti Syariah dari Thailand. Turut memeriahkan acara ialah forum sesi perkongsian pelajar antarabangsa yang disampaikan oleh panel forum yang terdiri daripada Mardhiah Binte Rozalan, mahasiswi Tahun 4 Fakulti Syariah dari Singapura; Mohamed Kouda; Mahasiswa Tahun 1 Sarjana Bahasa Arab berasal dari Togo dan Faisol; mahasiswa Tahun 3 Fakulti Syariah dari Thailand. Acara diisikan dengan pameran kebudayaan daripada negara-negara asal pelajar antarabangsa di UNISSA, iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Egypt, China, Jepun, Pakistan, Palestin, Nepal, Morocco, Nigeria, Ghana, Kenya dan Gambia. Antara yang ditampilkan ialah pakaian, makanan dan juga permainan tradisional. Acara turut diserikan dengan tayangan video dan persembahan choral speaking dan sketsa dari pelajar antarabangsa.