
EKSPLORASI KERJAYA 4.0: MENJANA ILMU & INSPIRASI BERSAMA JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Isnin, 14 April 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat
Isnin, 1 April 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) telah meneruskan usaha dalam mengimarahkan lagi bulan suci Ramadan melalui program Infaq Ramadhan 4.0 2024. Majlis berkenaan merupakan aktiviti sosial dan kebajikan yang diungkayahkan oleh PPHT pada setiap bulan Ramadhan.
Hadir bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan ialah Pengiran Dr Hjh Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, Pengarah PPHT.
Pada tahun ini, PPHT telah berjaya mengumpulkan sumbangan hasil kutipan daripada warga PPHT. Seramai 52 orang penerima terdiri daripada anak yatim dan golongan yang memerlukan di kalangan pelajar PPHT. Turut menerima sumbangan juga di kalangan pembersih, buruh kasar dan pengawal keselamatan di UNISSA, Kampus Sinaut bagi berbagi rezeki.
Diharapkan agar sumbangan tersebut dapat memberikan sokongan kepada penerima-penerima di samping untuk berbagi rezeki dan berkongsi kebahagian dan juga kegembiraan. Disamping membudayakan sifat pemedulian dalam menjaga kebajikan warga PPHT yang memerlukan.