
EIDCLEANUP DONATIOAN ANJURAN BERSAMA UNIT PERKHIDMATAN KAUNSELING, PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR DAN RAKAN U.M.A.T UNISSA
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T
Sabtu, 22 Mac 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Sambutan Nuzul al-Qur’an Peringkat Negara
28 Julai 2024 – Pemimpin dan perwakilan institusi pengajian tinggi Islam Asia yang bergabung dalam Persatuan Universiti-Universiti Islam Asia atau Asian Islamic Universities Association (AIUA) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama bagi sesi 2024/2026 bertempat di Casuarina Hotel Meru, Ipoh Perak, Malaysia.
Mesyuarat dihadiri oleh sebelas buah institusi pengajian tinggi yang juga merupakan pengasas bagi penubuhan AIUA. Di antara agenda utama dalam Mesyuarat Agung ialah pemilihan exco-exco jawatankuasa kerja kepimpinan tertinggi AIUA.
UNISSA dihadiri oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA. Turut hadir mengikuti persidangan berkenaan ialah Dr Haji Hambali bin Haji Jaili, Pemangku Penolong Rektor (Penyelidikan dan Antarabangsa) UNISSA. Mesyuarat juga merangka dan membincangkan pelan rancangan dan aktiviti AIUA yang akan diadakan bagi sesi berkenaan.
AIUA yang dianggotai oleh lebih 80 buah universiti Islam di rantau Asia merupakan persatuan yang dihasratkan untuk mengukuhkan dan memperkasa institusi Islam dengan mengadakan jaringan kerjasama dalam pelbagai program. Semangat setiakawan antara pemimpin pusat-pusat ilmu pendidikan tinggi ini telah memudahkan jalinan sinergi dilaksanakan dan menjadi jambatan untuk sama-sama menaiktaraf kedudukan pengajian tinggi Islam.