
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Bandar Seri Begawan, 2 Julai – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab (FBA) telah mengadakan Bengkel Kemahiran Bahasa Arab bagi mahasiswa/i tahun 4 pra-siswazah, siswazah dan alumni Fakulti Bahasa Arab di kampus Gadong. Fasilitator jemputan ialah Dr Kamal Abdel Aziz Ibrahim, pensyarah di Fayoum University, Republik Arab Mesir.
Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah ia dihasratkan agar menjadi wadah untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Bahasa Arab dari segi Pendidikan Bahasa Arab dan Penulisan Ilmiah secara khasnya.
Bengkel ini diadakan selama 2 hari bagi mahasiswa/i tahun 4 pra-siswazah, siswazah dan alumni FBA. Bengkel kemudiannya akan disambung satu hari bagi tenaga akademik UNISSA dalam usaha mengembangkan kemahiran mengajar Bahasa Arab dan menerbitkan penulisan ilmiah berkaitan Bahasa Arab sekaligus akan mengangkat lagi lagi nama UNISSA dan Negara Brunei Darussalam di dunia Arab.
FBA UNISSA sebagai satu-satunya fakulti yang mempunyai kepentingan dalam mengembangkan Bahasa arab di pengajian tinggi tempatan di negara ini sentiasa membukakan peluang kepada anak watan dan orang luar bagi sama-sama mengembangmajukan kebolehan sumber tenaga manusia khususnya dalam bidang Bahasa arab.