KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK ISLAM IRAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Selasa, 21 Januari 2025 – Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor
Selasa, 21 Januari 2025 – Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor
Sabtu, 18 Januari 2025 bersamaan 18 Rejab 1446H – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Isnin, 13 Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghantar tiga orang
Sabtu, 18 Januari 2025 bersamaan 18 Rejab 1446H – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Alumni UNISSA dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Kerjaya Dan Jaringan Industri [OCeAN], UNISSA telah menganjurkan Program Explorasi Kerjaya 2.0: Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bertempat di Dewan Melor, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).
Seramai 59 orang peserta terdiri daripada pelajar dan alumni UNISSA telah menyertai program tersebut.
Sesi pertama lawatan dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Tuan Muhammad Nur Naqiuddin bin Haji Rosman, Pegawai Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Antara isi taklimat tersebut adalah mengenai dengan pengenalan sejarah awal penubuhan Kementerian Hal Ehwal Ugama, hala tuju, dasar-dasar, serta pencerahan tentang struktur dan fungsi-fungsi jabatan-jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU). Sejurus selesai taklimat, sesi soal jawab dibukakan kepada para peserta yang ingin mengajukan soalan-soalan berkaitan dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Turut memberi pencerahan mengenai pengambilan kakitangan KHEU adalah Yang Mulia Ustazah Norhanani binti Haji Abd. Wahab, Ketua Unit Pengambilan Kakitangan.
Sesi taklimat diakhiri dengan penyerahan cenderahati yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Muhammad Yadiy bin Haji Mat Yassin, Yang Di-Pertua, Persatuan Alumni, UNISSA kepada Yang Mulia Tuan Haji Muhammad Hairul Rizal bin A. Haji Zaini, Pemangku Penolong Pengarah Pentadbiran, Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Pada sesi kedua, para rombongan diberi kesempatan melawat jabatan-jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Program Eksplorasi Kerjaya 2.0: Kementerian Hal Ehwal Ugama ini diakhiri dengan sesi bergambar ramai. Hasil daripada program ini diharapkan dapat memberi nilai tambah dan pemahaman yang mendalam tentang keraja dalam KHEU kepada para peserta yang menghadiri program ini serta dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang diperoleh dalam menyumbang kepada pembangunan negara.