Share Event
Upcoming Events

KUTIPAN DERMA JAWLAH RAMADHAN: ALUMNI DONATION DRIVE 2025
‼ DILANJUTKAN SEHINGGA 12 MAC 2025M, 5PM ‼ بِسْـــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ✨السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ

JUALAN BARANGAN BAGI PROGRAM “ALUMNI PRE-LOVED CHARITY” 2025 DILANJUTKAN
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ✨ Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan

Dengan penuh hormat sukacita dimaklumkan bahawa UNISSA melalui Perpustakaan, Pusat Penyelidikan & Penerbitan dan Pusat Penataran Ilmu & Bahasa akan mengadakan Sambutan Hari Buku Sedunia UNISSA 2023 pada:
Tarikh acara : 27-28 Syaaban 1444 bersamaan 20-21 Mac 2023
Tempoh : Dua (2) hari (Isnin & Selasa)
Tempat : Perpustakaan UNISSA
Salah satu pengisian acara tersebut adalah Ma’radh al-Kutub UNISSA. Ianya melibatkan pameran dan jualan buku yang terdiri daripada penerbit-penerbit kerajaan dan toko-toko buku tempatan. Beberapa kegiatan berbentuk pendidikan juga diungkayahkan seperti wakaf buku, perbincangan buku, program membaca, aktiviti kelab perpustakaan dan lain-lain.
Sehubungan dengan itu pihak ahli jawatankuasa kerja Sambutan Hari Buku UNISSA 2023 sukacita menjemput orang ramai untuk mengunjungi jualan buku Ma’radh al-Kutub bersempena Sambutan Hari Buku Sedunia UNISSA pada tarikh yang dinyatakan di atas.