UNISSA REVAMP

Share Event

Facebook
Twitter
LinkedIn

Upcoming Events

Event Date:

UNISSA Revamp merupakan satu program kolaborasi anjuran Unit Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSSE) dan Unit Logistik (UL), Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (MPP PPUNISSA).

UNISSA Revamp ini diadakan pada 11 Februari 2024M bermula dari jam 7:30 pagi hingga 4:30 petang. Program ini terbahagi kepada 2 sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi merupakan tempoh untuk penambah baikan fasiliti di dalam kampus Gadong UNISSA seperti mengecat tempat letak kereta, memperbaiki fasiliti surau dan meletakkan Safety Poster di bilik kuliah. Sesi pertama ini berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari dan hanya dihadiri oleh ahli jawatankuasa yang tertentu.

Manakala, pada sebelah petang, sesi kedua dimulai iaitu sesi kempen kebersihan di semua persekitaran kampus Gadong, UNISSA. Kempen ini berlangsung dari jam 1.30 petang hingga 4.30 petang. Penglibatan dan kehadiran pada sesi kedua ini terdiri daripada ahli jawatankuasa bersama dengan sukarelawan daripada para pelajar UNISSA.