Share Event
Upcoming Events

EKSPLORASI KERJAYA 4.0: JABATAN PERTANIAN & AGRIMAKANAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh, Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui

Sabtu, 7 Disember 2024 –
Unit Perkhidmatan Kauseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar pada hari ini telah melaksanakan aktiviti yang disebut sebagai R.U. Day of Action: Surau al-Syafi’i 2.0 bersempena dengan kempen Day of Action (DOA) anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) bagi tahun 2024.
Aktiviti ini dianjurkan dengan kerjasama Rakan U.M.A.T (Untuk Mu Amalan Terpuji) dengan membersihkan, mengemas dan menghias kawasan luar dan dalam surau seperti dewan sembahyang, bilik-bilik, tandas serta tempat berwudhu bagi memberikan keselesaan kepada para jemaah surau untuk melakukan ibadah. Selain daripada itu, ia dapat mengeratkan lagi silaturahim antara peserta serta memupuk sifat keprihatinan dan peka akan keadaan sekeliling dengan memberikan khidmat kepada masyarakat.