PROGRAM MOBILITI PELAJAR PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I KE LUAR NEGARA
Share Event
Upcoming Events

KUTIPAN DERMA JAWLAH RAMADHAN: ALUMNI DONATION DRIVE 2025
‼ DILANJUTKAN SEHINGGA 12 MAC 2025M, 5PM ‼ بِسْـــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ✨السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ

JUALAN BARANGAN BAGI PROGRAM “ALUMNI PRE-LOVED CHARITY” 2025 DILANJUTKAN
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ✨ Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan

PROGRAM MOBILITI PELAJAR PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I KE LUAR NEGARA
11 – 15 NOVEMBER 2024M
Program ini merupakan kali kedua di adakan oleh Pusat Penyelidikan Mazhab Syafii dalam menyahut dan mendukung misi dan visi UNISSA untuk mempertingkatkan peranan dan matlamat PPMS yang telah diadakan selama lima hari iaitu dari 11 hingga 15 November 2024M. Program mobiliti ini disertai seramai 10 orang yang terdiri daripada seorang pensyarah, dan sembilan pelajar Lepas Ijazah dari PPMS. Program mobiliti bertujuan memperkukuh hubungan akademik dan budaya antara PPMS UNISSA dan Universitas Darunnajah dan Pondok Pesantren Darunnajah. Selain daripada memperkenalkan UNISSA dan PPMS di peringkat antarabangsa, ia juga memberikan peluang kepada mahasiswa untuk mendalami pengalaman pembelajaran dalam suasana budaya yang berbeza.