
Program Alumni Pre-loved Charity 2025
KUTIPAN BARANGAN BAGI PROGRAM “ALUMNI PRE-LOVED CHARITY” 2025 ✨ Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni UNISSA
KUTIPAN BARANGAN BAGI PROGRAM “ALUMNI PRE-LOVED CHARITY” 2025 ✨ Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni UNISSA
KUTIPAN DERMA JAWLAH RAMADHAN: ALUMNI DONATION DRIVE 2025 🌙✨ بِسْـــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
BENGKEL “TIPS GOT (GRADUATE ON TIME) MASTER DAN PHD” PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I, UNISSA 22
“PROGRAM LEISURE MOMENTO”
HARI KELUARGA , MAJLIS PEMBUBARAN DAN PELANTIKAN AHLI NUKHBAH ILMUAN
PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I, UNISSA
Anjuran Ahli Nukhbah Ilmuan Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, sesi 2023/2024, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
AHAD, 01 SEPTEMBER 2024M – Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i (PPMS), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan sukacitanya telah menganjurkan Program Leisure Momento buat julung kalinya yang berkonsepkan hari keluarga iaitu pada Hari Ahad, 01 September 2024M bersamaan dengan 27 Safar 1446H. Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Riadah, Pusat Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Bandar Seri Begawan. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah YM Dr. Hajah Mas Nooraini Binti Haji Mohiddin, Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i (PPMS), UNISSA. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah para pensyarah serta mahasiswa, mahasiswi PPMS dan sukarelawan UNISSA yang bersama-sama menyokong penganjuran acara ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awangku Syahmi Razin Bin Pengiran Johar Lela Ariffin. Seterusnya, diteruskan dengan acara Majlis Pembubaran Ahli Nukhbah PPMS 2023/2024 dan Majlis Pelantikan Ahli Nukhbah PPMS 2024/2025 yang berlangsung dengan lancarnya. Program diteruskan lagi dengan sesi senaman pemanasan badan dan jalan cepat (brisk walk), pelbagai aktiviti sukan dan permainan keluarga telah dikelolakan bagi memeriahkan majlis. Program Leisure Momento ini berjaya mencapai matlamat utamanya iaitu memupuk semangat kekitaan, kebersamaan dan memperkukuhkan lagi silaturahim dalam kalangan warga Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i (PPMS).