Share Event
Upcoming Events

KUTIPAN DERMA JAWLAH RAMADHAN: ALUMNI DONATION DRIVE 2025
‼ DILANJUTKAN SEHINGGA 12 MAC 2025M, 5PM ‼ بِسْـــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ✨السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ

JUALAN BARANGAN BAGI PROGRAM “ALUMNI PRE-LOVED CHARITY” 2025 DILANJUTKAN
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ✨ Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan

OPEN MIC MAZHAB SYAFI’I
PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I, UNISSA
19 OKTOBER 2024M
Program Open Mic Mazhab Syafi’i telah diadakan pada 15 Rabiulakhir 1446H bersamaan dengan 19 Oktober 2024M yang mana program ini salah satu objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran staf UNISSA mengenai kepentingan mengekalkan Mazhab Syafi’i sebagai asas dalam pendidikan dan pentadbiran universiti, menggalakkan penglibatan aktif staf dalam mengukuhkan pengamalan Mazhab Syafi’i dalam komuniti akademik dan memperkasakan dan memperkukuhkan pegangan Mazhab Syafi’i di Brunei Darussalam sejajar dengan visi Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i. Program ini dihadiri oleh YM Dr. Hajah Mas Nooraini bin Haji Mohiddin, Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab al-Syafi’i, Profesor Madya Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni, Timbalan Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, Dr Cecep Soleh Kurniawan, Ketua Program Siswazah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i serta staf sokongan UNISSA, pensyarah, Pelajar Lepas Ijazah dari Pusat Penyelidikan Mazhab al-Syafi’i dan dari Fakulti lain.