MOTIVASI PELAJAR LEPASAN IJAZAH: “KENAPA SAYA DISINI ?”

Share Event

Facebook
Twitter
LinkedIn

Upcoming Events

Event Date: February 4, 2023

Setiap pelajar yang mengikuti program Doktor Falsafah secara penyelidikan dikehendaki menyediakan proposal dan membentangkan proposal tersebut untuk dinilai seterusnya lantikan penyelia dibuat untuk pelajar tersebut. Terdapat perkara lebih utama yang mereka perlu sedari sebelum urusan membina proposal iaitu “Kenapa Mereka Memilih untuk Berada Di Sini?”. Memandangkan terdapat pelajar yang masih keliru dalam perjalanan akademiknya maka satu program yang bersifat motivasi perlu disediakan untuk mereka. Ini untuk mengurangkan kecelaruan dalam memilih arah penyelidikan yang bakal dilakukan dan membulatkan tekad mereka untuk berjaya dan bukannya memilih jalan mati iaitu meninggalkan alam pengajian.

Program yang bersifat motivasi ini dianjurkan oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah yang telah berlangsung pada hari Sabtu, 04 Februari 2023 bertempat di bilik N1.1, UNISSA. Program “Kenapa Saya Di Sini?” ini telah mengemukakan dua tajuk iaitu yang pertama “Tips menentukan arah tuju kajian tesis” yang dibentang oleh Prof Madya Dr Ibnor Azli bin Ibrahim, Ketua Program Lepas Ijazah (Syariah) dan tajuk yang kedua iaitu “Do’s & dont’s dalam pengajian siswazah” yang dibentang oleh Dr Zurairatul Zakiah binti DSS Haji Rajid, Timbalan Dekan (Syariah), UNISSA.

Apa yang diharapkan dalam mengadakan program ini ialah pengetahuan yang mencukupi dalam menentukan hala tuju penyelidikan di peringkat lepasan ijazah, termasuk idea dalam pemilihan tajuk kajian, penulisan pernyataan masalah dan kajian lepas. Dengan itu program ini diharapkan akan membantu pelajar bagi menyediakan proposal yang lebih kemas di samping memupuk rasa lebih bersedia dan lebih bertanggungjawab sebagai siswazah sepanjang pengajian lepas ijazah.

Program ini dihadiri seramai 23 siswazah. Dibawah merupakan gambar-gambar yang berlangsung dalam acara tersebut.