MAJLIS PEMBUKAAN IHYA’ TADARUS AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN TAHUN 1445H/2024M PERINGKAT UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Share Event

Facebook
Twitter
LinkedIn

Upcoming Events

Event Date:

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (Unit Keugamaan dan Takmir Surau) mengadakan Majlis Pembukaan Ihya’ Tadarus al-Quran Sempena Bulan Ramadhan Tahun 1445H/2024M mulai pada hari Rabu, 02 Ramadhan 1445H bersamaan 13 Mac 2024M, bertempat di Surau Al-Syafi’i, UNISSA. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal. Majlis ini diadakan selepas menunaikan sembahyang fardhu Zohor berjemaah. Ia bertujuan untuk memberi dorongan kepada warga UNISSA untuk melazimkan pembacaan al-Quran di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga UNISSA. Juga turut hadir ialah penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta pelajar UNISSA.