EKSPLORASI KERJAYA 4.0: JABATAN PERTANIAN & AGRIMAKANAN

Share Event

Facebook
Twitter
LinkedIn

Upcoming Events

Event Date: April 19, 2025

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,

Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Alumni dan Jawatankuasa Exsekutif Persatuan Alumni (JKEPA) 2023/2025 akan menganjurkan lawatan seperti berikut :

📝 Peserta: 30 Mahasiswa/Mahasiswi UNISSA dan 20 Alumni UNISSA,
🗓️ Tarikh : 19 April 2025
🗒️ Hari : Sabtu
⏰ Jam : 7:30 pagi hingga 11:30 pagi
📍 Tempat : Jabatan Pertanian & Agrimakanan, bertempat di Pejabat Unit Biji Benih Padi, Wasan dan Syarikat semaian, Mulaut
🚌 Pengangkutan : Bas akan disediakan
👕 Kod pakaian : Pakaian Sukan lengkap dengan topi/cap dan kasut sukan/boots (Lelaki & Perempuan)

Antara Objektif Lawatan tersebut:

– Menimba pengalaman baru di luar Universtiti
– Mengembangkan kemahiran sosial & komunikasi
– ⁠Meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai kerjaya dalam Jabatan Pertanian & Agrimakanan
– ⁠Membantu menstabilkan diantara pendidikan & pengalaman masing-masing.

Kepada para peserta yang kami hormati, sukacita menjemput dan mengalu-alukan penyertaan untuk mengikuti lawatan tersebut secara PERCUMA🥳.

‼️‼️ Kepada Alumni dan Mahasiswa/Mahasiswi UNISSA yang berminat, dipohonkan untuk mengisi google form: https://forms.gle/G6hSWyTsvQZWuuq27

Nombor untuk dihubungi : Munirah, +6737139542

#JKEPA20232025
#ALUMNIUNISSA
#UNISSA