
Program Alumni Pre-loved Charity 2025
KUTIPAN BARANGAN BAGI PROGRAM “ALUMNI PRE-LOVED CHARITY” 2025 ✨ Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh, Dengan hormat sukacita
KUTIPAN BARANGAN BAGI PROGRAM “ALUMNI PRE-LOVED CHARITY” 2025 ✨ Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh, Dengan hormat sukacita
KUTIPAN DERMA JAWLAH RAMADHAN: ALUMNI DONATION DRIVE 2025 🌙✨ بِسْـــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
BENGKEL “TIPS GOT (GRADUATE ON TIME) MASTER DAN PHD” PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I, UNISSA 22
Pada hari Sabtu, 25 Februari 2023, Majlis Perwakilan Siswazah (MPS) buat julung kalinya telah melaksanakan Bengkel “Format Penulisan Tesis: Memperkasa Kemahiran Microsoft Word yang berlangsung di bilik latihan 1.3 di UNISSA.
Objektif bagi program ini adalah untuk memperkenalkan siswazah dengan perisian Microsoft Word agar dapat memaksimumkan penggunaannya dalam teknik-teknik penulisan tesis dan disertasi. Bengkel ini juga mengetengahkan cara penggunaan Microsoft Word dengan berkesan beserta memahami fungsi Tool dan format asas yang bersesuaian dalam menghasilkan penulisan akademik. Program ini juga mendorong peningkatan motivasi para siswazah dalam pengajian masing-masing sekaligus memanfaatkan ilmu yang diperolehi daripada modul asas Microsoft Word.
Fasilitator bagi bengkel ini adalah Dr Adam bin Hj Jait iaitu Pengarah Pusat Teknologi dan Multimedia. Turut hadir iaitu seramai 27 orang terdiri dari siswazah lepasan ijazah.
Acara bengkel tersebut adalah berbentuk ‘hands-on’ praktikal yang mengajarkan penggunaan Microsoft Word mengikut gaya UNISSA, penggunaan rujukan dan penggunaan lain-lain menu dan fungsi tool. Hasil dari bengkel ini diharap akan dapat memudahkan para siswazah untuk mengurus tesis dan disertasi dengan sempurna dan secara sistematik.