CERAMAH MOTIVASI: RELEASE YOUR INHIBITIONS

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Selasa, 2 September 2025 – Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menganjurkan Ceramah Motivasi: Release Your Inhibitions bertempat di Dewan Auditorium UNISSA, Gadong. Program ini menampilkan Puan Zainab M.A. Omar, seorang jurulatih, mentor dan pakar motivasi yang berpengalaman luas dalam bidang kepimpinan, pembangunan bakat dan minda pertumbuhan.

Ceramah ini dihadiri oleh 50 peserta terdiri daripada mahasiswa dan alumni UNISSA, dengan tujuan menyuntik inspirasi kepada golongan muda agar berani melangkah keluar daripada zon selesa, membina pemikiran positif, serta menanamkan minda pertumbuhan (growth mindset) dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

Sepanjang sesi, Puan Zainab berkongsi pengalaman kepimpinan serta tip membina daya tahan diri, keyakinan, dan sikap proaktif untuk berjaya dalam kerjaya. Beliau turut menekankan bahawa kejayaan bukan hanya bergantung pada pengetahuan teknikal semata-mata, tetapi juga keupayaan untuk terus belajar, beradaptasi, dan berkembang.

Program diakhiri dengan sesi soal jawab interaktif, penyampaian sijil penghargaan, serta sesi bergambar ramai. Penganjuran ini diharap dapat melahirkan graduan yang lebih berdaya tahan, versatil, serta bersedia menyumbang kepada aspirasi pembangunan negara.